suria

Operasi rahsia cuba kawal cuaca penyebab lingkaran awan pelik di langit?

LINGKARAN awan aneh yang muncul di ruang udara Dakota Selatan, Amerika Syarikat (AS) menimbulkan pertanyaan dalam kalangan orang ramai.

Lebih pelik, ia muncul secara tiba-tiba sekaligus menimbulkan spekulasi dalam kalangan pelayar media sosial sejurus video mengenai kejadian itu dimuat naik.

Biarpun ada yang beranggapan bahawa ia berkemungkinan merupakan asap pesawat, segelintir individu turut mengaitkan ia dengan program kawalan cuaca.

Dikenali sebagai HAARP, ia bukanlah kali pertama diperkatakan malah sudah banyak dakwaan mengenainya menjadi perdebatan hangat.

Selain kejadian itu, HAARP juga dikatakan mendalangi banyak kejadian alam seperti gempa bumi, ribut taufan, tsunami, pembentukan awan pelik dan sebagainya menerusi program kawalan cuaca mereka.

Video kejadian itu yang dimuat naik ke aluran Youtube ahli teori konspirasi, Blake dan Brett Cousins menerima 13,000 tontonan, sejak Selasa lalu.

Saluran itu mempunyai 645,000 pengikut sejak ia ditubuhkan.

"Apa yang berlaku di langit? Adakah ia operasi rahsia kerajaan?" soal seorang individu di ruangan komen yang tertanya-tanya mengenai kejadian itu. - Daily Star.

Awan Pelik, HAARP, Amerika Syarikat

Artikel Lain