Akibat tagih cinta, wanita menghendap, kirim 159,000 mesej - Dunia | mStar

Akibat tagih cinta, wanita menghendap, kirim 159,000 mesej

HANYA dengan satu janji temu, seorang wanita dari Phoenix didakwa menghendap lelaki yang ditemuinya, selain mengirim 159,000 mesej.

Jacqueline Ades menghantar pelbagai jenis mesej kepada lelaki berkenaan termasuk yang berbaur ugutan sepanjang tempoh 10 bulan selepas sekali bertemunya.

Mangsa yang namanya tidak didedahkan bertindak menghubungi polis apabila mendapati Ades memakir kereta di depan kediamannya pada Julai 2017.

Pegawai polis Paradise Valley telah meminta Ades keluar dari kawasan kediaman lelaki berkenaan.

Pada April 2018 pula, Ades ditahan kerana memasuki kediaman lelaki berkenaan ketika di ke luar negara, malahan sempat mandi.

Siasatan polis turut menemui pisau pemotong daging dalam kereta Ades.

Beberapa minggu kemudian, mangsa sekali lagi menghubungi polis memaklumkan mengenai tindakan Ades mengirim kira-kira 500 mesej sehari.

Malahan, ada ketika Ades mengugut untuk membunuh mangsa.

Salah satu mesej Ades adalah : "Saya akan buat sushi daripada buah pinggang dan  chopstick gunakan tulang tangan kamu."

Siasatan polis juga mendapati Ades pernah ke pejabat mangsa dan mengaku dirinya adalah isteri lelaki berkenaan.

Ketika didakwa menghendap dan menceroboh, Ades megaku tidak bersalah. Perbicaraan akan bermula 5 Februari ini.

Polis Paradise Valley menerusi kertas pendakwaan menyebut Ades mengalami gangguan mental.

"Saya hanya mahu mencintainya. Itu saja," kata Ades.-SMCP







Ades , Phoenix , text

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain