Katerer ditahan polis gara-gara sediakan kek kahwin polisterin sadur aising! - Dunia | mStar

Katerer ditahan polis gara-gara sediakan kek kahwin polisterin sadur aising!

Kek kahwin Shine yang diperbuat daripada polisterin. - ViralPress

SEORANG pengantin perempuan yang kecewa kerana ditipu oleh katerer telah menyebabkan pengendali makanan itu ditahan pihak polis.

Katerer berkenaan menyediakan kek yang diperbuat daripada polisterin pada hari bahagia wanita tersebut.

Shine Tamayo, 26, dan pasangannya Jhon Chen, 40, telah membayar 40,000 pesos (RM3,149) kepada seorang perancang perkahwinan  untuk menyediakan makanan dan dekorasi di sebuah majlis resepsi yang diadakan di Pasig, Filipina.

Bagaimanapun, selepas selesai majlis di gereja, mereka mendapati bukan sahaja makanan tidak disediakan kepada para tetamu, malahan kek dua tingkat yang ditempah juga palsu.

Pengantin baharu tersebut terpaksa membeli mi, nasi dan makanan lain di sebuah restoran berhampiran untuk dihidangkan kepada tetamu pada majlis resepsi yang diadakan di sebuah hotel itu.

Pengantin perempuan tersebut sudah pun keletihan dan kecewa kerana terpaksa menyediakan makanan jalanan dan air anggur kepada tetamunya, tetapi apa yang berlaku kemudian adalah lebih mengejutkan.

Pengantin perempuan menangis melihat kek kahwin yang disediakan.

Dia baru hendak memotong kek itu dan majlis perkahwinannya menjadi bertambah teruk.

Kek lapisan bawah diperbuat daripada polisterin dan ditutupi dengan aising di bahagian luarnya.

Pengantin perempuan itu menutup wajahnya kerana sangat malu dan menangis teresak-esak di depan keluarga serta rakan-rakan.

Dia menjadi tidak keruan sehingga para tetamu membawanya dan katerer tersebut ke balai polis berdekatan.

Shine berkata: "Wanita yang kami upah untuk menyediakan makanan telah merosakkan majlis perkahwinan saya.

"Dia penipu. Dia selalu meminta wang dan saya sentiasa memberikan apa yang dia perlukan kerana saya mahu majlis perkahwinan saya sempurna.

"Saya tidak akan terima permohonan maaf daripadanya, ia tidak mencukupi. Dia patut dipenjarakan.

Hanya kek di bahagian atas yang boleh dimakan.

"Saya tidak pernah berasa sangat malu seperti ini seumur hidup saya.

"Ia sepatutnya menjadi memori indah, tapi sebaliknya yang berlaku," ujarnya.

Pegawai di Balai Polis Pasig City mengesahkan bahawa katerer, Cananea telah ditangkap kerana disyaki melakukan penipuan dan sudah dibebaskan.

Seorang jurucakap berkata: "Siasatan ke atas penipuan perkahwinan sedang dijalankan. Pengantin perempuan itu sangat tertekan.

"Kami mengesahkan bahawa sejumlah besar wang telah dibayar untuk perkhidmatan yang tidak dilaksanakan dengan sewajarnya.

"Pembekal, Cik Krissa Cananea, telah disoal siasat dan kami berhasrat untuk membawa kes itu ke mahkamah." - Daily Mail

kek kahwin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain