Gambar pembedahan plastik pemenang tempat ketiga Miss Universe 2018 tular - Dunia | mStar

Gambar pembedahan plastik pemenang tempat ketiga Miss Universe 2018 tular

GAMBAR pembedahan plastik 'sebelum dan selepas' pemenang tempat ketiga pertandingan ratu cantik Miss Universe 2018, Sthefany Gutierrez dari Venezuela tersebar di media sosial.

Gambar-gambar tersebut dimuat naik di Instagram oleh Froilan Paez, seorang doktor yang mana menurut halaman Instagramnya merupakan pakar estetik dan pembedahan hidung.

Dia berkongsi dua gambar yang dipaparkan secara bersebelahan menunjukkan perbezaan wajah Gutierrez, sebelum dan selepas ratu cantik Venezuela itu menjalani pembedahan.

Tanda pagar #rhinoplasty, #mentoplasty, #otoplasty ditulis pada keterangan posting Instagram itu, yang menggambarkan Gutierrez telah melakukan perubahan pada hidung, dagu dan telinganya.

Komen Gutierrez pada posting yang kini tular itu diterjemahkan ke bahasa Inggeris: "Terima kasih banyak di atas perhatian profesional dan kerja yang sangat bagus. Terbaik! Jumpa anda tidak lama lagi!"

Gutierrez menduduki tangga ketiga, di mana pertandingan Miss Universe yang diadakan di Thailand pada Disember 2018 menyaksikan ratu cantik Filipina, Catriona Gray sebagai pemenang. - Philippine Daily Inquirer/Asia News Network

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain