Lelaki dakwa dirinya 'Ratu Mesir' pada hayat lalu, ramal gempa bumi melanda China, Taylor Swift akan bertunang - Dunia | mStar

Lelaki dakwa dirinya 'Ratu Mesir' pada hayat lalu, ramal gempa bumi melanda China, Taylor Swift akan bertunang

Aujula meramalkan Taylor Swift akan bertunang pada tahun ini. - AP

SEORANG lelaki yang mendakwa dirinya merupakan Ratu Mesir pada hayat lalu telah membuat beberapa ramalan untuk 2019.

Nicolas Aujula, 33, meramalkan perang Syria dan juara rancangan The Apprentice diperoleh berdasarkan mimpi.

Dia berkata dirinya merupakan seorang ahli terapi regresi masa lalu, pakar hipnoterapi dan astrologi psikik.

Katanya, anak sulung Putera Harry dan Meghan Markle yang dijangka dilahirkan pada musim bunga adalah bayi perempuan.

Dia turut menjangkakan gempa bumi akan berlaku di Cuba dan China serta masalah isu tanaman akan berlaku sekali gus menyebabkan harga makanan meningkat.

Aujula mendakwa dia memiliki beberapa kehidupan pada hayat lalu. - SWNS

Aujula turut yakin penyanyi Taylor Swift akan mengumumkan pertunangannya, manakala pelakon Nicole Kidman pula akan hamil dan Madonna akan dikritik kerana melakukan kerja-kerja amal.

Dia mendakwa memiliki kebolehan itu sejak masih kecil dan boleh merasai kehadiran mendiang bapanya.

"Saya sedang bermeditasi ketika saya merasai pengalaman ini, dan saya mampu melihat beberapa hayat saya yang lalu.

"Saya tak pernah fikirkan tentangnya sebelum ini, dan saya masih tidak boleh menjelaskannnya sehingga ke hari ini.

"Memang tidak logik, tapi saya tahu apa yang saya lihat dalam kehidupan lalu. Saya nampak diri saya sebagai seorang lelaki, wanita dan haiwan." - Metro UK

ramalan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain