suria

Ibu koma, masih belum ketahui anak maut akibat kemalangan dua minggu lalu

Tinggal kenangan... Maddison (kiri) bersama ibunya.

SEORANG ibu yang koma selepas terlibat kemalangan kereta sejak lebih dua minggu lalu masih tidak mengetahui anak perempuannya sudah tiada.

Maddison Spyve, 18, maut serta-merta di tempat kejadian selepas kereta dinaikinya bersama ibu, Tammy dirempuh sebuah lori, 12 hari sebelum sambutan Krismas.

Sejak itu, Tammy dirawat di unit rawatan rapi (ICU) kerana kecederaan serius termasuk mengalami keretakan tulang.

Abang Maddison, Jayden Allwood, menemai ibunya di Hospital Cairns, Australia tetapi terpaksa pulang ke rumahnya di New South Wales untuk bersama dengan keluarganya sempena Krismas.

Doktor ada memberitahu ibunya mengenai kemalangan itu tetapi Allwood, 27, tidak fikir Tammy mengingati segalanya.

Madison maut serta-merta di tempat kejadian.

Allwood memberitahu Yahoo7 bahawa adiknya adalah segala-galanya buat ibu mereka.

"Kami tidak boleh bercakap dengan ibu buat masa ini kerana keadaannya yang masih koma," katanya.

Jayden berkata adiknya amat berbakat dalam muzik dan baharu sahaja menamatkan pengajiannya di sebuah sekolah tinggi.

Sebuah kempen mengumpul dana bagi membiayai majlis pengebumian Maddison telah diwujudkan dan berjaya mengumpul lebih $11,840 sehingga hari ini.

Allwood berkata kempen itu diadakan bagi menimbulkan kesedaran orang ramai mengenai lokasi kemalangan yang meragut nyawa adiknya yang dianggap sebagai kawasan panas.

"Tiada lagi keluarga perlu melalui mimpi ngeri kehilangan orang tersayang di laluan merbahaya itu," katanya. - Metro.co.uk

koma, kemalangan

Artikel Lain