Wanita jual suami serendah RM85 di eBay - Dunia | mStar

Wanita jual suami serendah RM85 di eBay

Gambar hiasan. - Pixabay

SEORANG wanita di Jerman telah menyenaraikan suaminya di portal beli-belah atas talian, eBay pada harga serendah €18 (RM85).

Wanita berusia 40 tahun dari Hamburg yang dikenali sebagai 'Dorte L' itu berkata, dia mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun tetapi akhirnya menyedari bahawa 'sudah cukup sudah'.

Iklan tersebut berjudul 'Suami, sudah digunakan' turut disertakan dengan deskripsi: "Kepada wanita yang mungkin berminat.

"Selama dua hari pertama Krismas, saya menyedari bahawa kami tidak lagi patut bersama. Saya ingin melepaskan suami saya.

Dorte L mengiklankan suaminya pada harga €18.

"Saya gembira untuk berunding tentang harga tetapi tidak boleh ditukar. Sila hantar pertanyaan kepada saya melalui e-mel."

Bercakap kepada Hamburger Abendblatt, dia berkata suaminya tidak menyedari kewujudan iklan itu sehingga akhbar tersebut menulis tentangnya.

Wanita terbabit berkata: "Iklan itu diterima dengan baik. Saya mendapat banyak maklum balas positif dan seseorang menghantar saya banyak emotikon smiley.

"Saya tidak mahu membuat drama berhubung perkara ini, ia sekadar untuk suka-suka." - Lad Bible

eBay

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain