suria

Awas! Jangan minum susu mentah, boleh bawa maut

Gambar hiasan. - TNS

TREND minum susu mentah mula dipopularkan oleh para selebriti seperti Gwyneth Paltrow.

Tetapi, pakar memberi amaran bahawa perbuatan itu boleh menyebabkan keracunan makanan dan mengakibatkan kematian!

Kesihatan Awam England telah menjalankan kajian ke atas penyakit yang disebarkan oleh haiwan kepada manusia pada 2017.

Dilaporkan, trend minum susu mentah dan keju telah menyebabkan kematian seorang kanak-kanak dan seorang dewasa di United Kingdom (UK) pada tahun lalu.

Ia turut mengakibatkan empat orang mengalami keracunan makanan pada tahun yang sama.

Seorang budak yang disusukan dengan susu mentah di Wales meninggal dunia akibat keracunan wabak E. coli.

Tidak seperti susu yang sudah melalui proses pempasteuran, susu mentah boleh melindungi kuman berbahaya.

Profesor jangkitan avian dan kekebalan di Universiti Liverpool, Paul Wigley berkata terdapat lapan atau sembilan penyakit serius yang dibawa oleh lembu yang boleh dipindahkan kepada manusia.

Beliau berkata: "Lembu membawa banyak pepijat jahat. Haiwan itu membawa wabak E. coli 157, salmonella dan batuk kering.

"Salah satu sebab pasteurisasi dilakukan adalah mengawal TB lembu daripada menyerang manusia.

"Saya mempunyai sistem imun yang baik tetapi saya tidak akan membiarkan anak saya minum susu mentah. Ia mikrobiologi Russian roulette."

Lapor Daily Mail, jualan susu mentah diharamkan di Scotland.

susu mentah

Artikel Lain