Bekas model Victoria Secret Heidi Klum bertunang - Dunia | mStar

Bekas model Victoria Secret Heidi Klum bertunang

Heidi Klum. Foto AP

SUPERMODEL yang juga bekas model jenama pakaian dalam, Victoria Secret, Heidi Klum mengesahkan telah bertunang.

Model berusia 45 tahun itu mendedahkan dia menerima lamaran itu daripada ahli kumpulan rock dari Jerman, Tom Kaultiz, 29.

Dengan mempamerkan cincin berlian yang begitu cantik, Heidi dilamar sehari sebelum sambutan Hari Krismas.

"Saya katakan Ya," menurut keterangan gambar dengan emoji berbentuk hati.

Heidi menunjukkan cincin pertunangannya. Foto Twitter Heidi Klum

Lamaran itu hanya sembilan bulan selepas Heidi mengesahkan hubungan cintanya bersama gitaris itu, susulan pasangan tersebut dirakamkan bercium di lokasi penggambaran program TV, America's Got Talent. 

Terdahulu, Heidi memberitahu majalah People mengenai Tom: "Dia seorang yang sangat baik hati dan penyayang. Saya berasa amat bertuah. Saya tidak tahu bila kali terakhir saya berasa gembira seperti ini dalam hidup saya."

Pertunangan itu juga selepas empat tahun dia bercerai dengan penyanyi, Seal, yang menyaksikan perkahwinan pasangan itu selama hampir 10 tahun musnah. - Mail Online

Heidi Klum , Victoria Secret

Artikel Sebelum

Nyaris maut, vape meletup dalam poket seluar

Artikel Berkaitan

Artikel Lain