Gambar Krismas Kate, William bukti anak kerabat diraja juga pakai baju 'kitar semula' - Dunia | mStar

Gambar Krismas Kate, William bukti anak kerabat diraja juga pakai baju 'kitar semula'

Gambar keluarga Kate dan William. - Mirror UK

SUDAH menjadi kebiasaan bagi orang kebanyakan untuk memakaikan anak-anak mereka yang kecil dengan pakaian si abang atau kakak jika ia masih elok dan cantik.

Nampaknya, kerabat diraja Britain tidak berbeza dengan rakyat biasa dalam perkara ini!

Duke dan Duchess of Cambridge dirakam bersama anak-anak mereka dalam sesi fotografi Krismas yang baharu keluarga diraja itu.

Louis memakai kasut yang pernah dipakai abangnya, George.

Putera Louis tampak sangat kemas dengan baju tebal biru muda yang dipadankan dengan seluar biru laut sambil tersenyum riang.

Peminat yang mempunyai mata setajam helang menyedari bahawa putera bongsu itu memakai kasut abangnya yang pernah digunakan ketika mengadakan lawatan diraja ke Australia.

Putera George memakai kasut itu ketika melawat Zoo Taronga Sydney pada 2014.

Charlotte turut memakai kardigan 'kitar semula' yang pernah digunakan oleh George.

Puteri Charlotte pula dilihat memakai kardigan biru yang dikait dalam gambar keluarga berkenaan.

Adiknya, George turut menggayakan kardigan yang sama ketika meraikan ulang tahun ke-90 Ratu Elizabeth pada 2016. - Mirror UK

Kate Middleton , Putera William

Artikel Berkaitan

Artikel Lain