Bibir bengkak tiga kali ganda lepas ambil suntikan kecantikan - Dunia | mStar

Bibir bengkak tiga kali ganda lepas ambil suntikan kecantikan

BAIK atau buruk kaedah rawatan kecantikan sememangnya diketahui umum, namun masih ramai yang tidak mengambil kira aspek kesan sampingan.

Itulah yang berlaku kepada seorang wanita berusia 29 tahun dari Leicestershire apabila hasrat untuk tampil menawan berakhir dengan kesakitan.

Rachael Knappier mengambil suntikan pada bibirnya dan ia dilakukan di kediaman kenalannya.

Semasa suntikan dilakukan, wanita ini menjerit kesakitan tetapi dimaklumkan ia perkara biasa.

Bagaimanapun, selepas beberapa jam sesuatu yang tidak dijangka berlaku dan menyebabkan Knappier panik.

Bibirnya mulai membengkak dan saiznya tiga kali ganda berbanding bibir asalnya.

Apabila memaklumkan kepada pakar kecantikannya, dia diberitahun apa yang berlaku disebabkan kesan alahan.

Pakar kecantikan yang turut terkejut melihat keadaan Knappier memintanya meletapkan ais pada bibir yang membengkak itu.

Melihat keadaan semakin teruk, dia terus ke unit kecemasan hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Doktor bagaimanapun memaklumkan mereka hanya boleh memeriksa untuk memastikan kesan suntikan itu tidak membahayakan dirinya.

Selepas kejadian itu, dia hanya berehat di rumah selama seminggu kerana kurang sihat.

Kemudiannya dia mendapatkan rawatan lanjut di sebuah klinik profesional di London sebelum bibirnya kembali normal selepas 72 jam.

Susulan pengalaman menyakitkan yang dilaluinya, Knappier memulakan petisyen menyarankan hanya doktor, jururawat dan doktor gigi yang layak melakukan rawatan perubatan estetik.-India Today

Knappier , London , bibir

Artikel Sebelum

Kematian kanggaru 'sado' ditangisi

Artikel Lain