Mi terkeluar setiap kali anjing liar ini makan, rupa-rupanya leher berlubang! - Dunia | mStar

Mi terkeluar setiap kali anjing liar ini makan, rupa-rupanya leher berlubang!

Mi yang terkeluar dari lubang di leher anjing liar itu. - Asia Wire

SITUASI memilukan seekor anjing liar yang cuba memakan sisa mi yang ditinggalkan oleh seorang penduduk mampu meruntun hati sesiapa yang melihatnya.

Mi yang dimakan anjing itu jatuh sebelum sempat sampai ke perutnya kerana terdapat lubang besar pada lehernya.

Pengguna Facebook, John Paolo Santiago Navea mula menyedari kewujudan anjing tersebut di sebuah lorong di Angat yang terletak di wilayah utara Filipina dan kemudian memberikannya sisa makanan.

Santiago Navea berkata: "Semasa saya melihat anjing itu makan, saya nampak ada mi yang keluar daripada lehernya.

"Ketika saya melihat lebih dekat, terdapat lubang besar di kerongkongnya.

"Saya rasa anjing itu mungkin ingin disembelih tetapi terlepas," kata Santiago Navea sambil menambah bahawa amalan kejam seperti itu harus dihentikan, lapor Coconuts.

Dia juga menggesa pemilik anjing tidak lagi ingin menjaga haiwan peliharaan mereka agar menyerahkannya kepada pihak berkuasa dan bukannya meninggalkan haiwan tersebut di jalanan.

Undang-undang Filipina menyatakan bahawa "Sesiapa yang melakukan kekejaman terhadap haiwan boleh dihukum penjara dan/atau denda."

Santiago Navea memuat naik rakaman anjing tersebut di Facebook dan ia meraih tontonan sebanyak 250,000 kali dalam tempoh 24 jam serta telah dikongsi oleh 7,000 pengguna media sosial.

Santiago Navea berkata bahawa dia akan mencari anjing liar itu bersama rakan-rakan untuk membawanya ke klinik veterinar. - Daily Mail

anjing liar

Artikel Sebelum

Artikel Lain