suria

Warga emas maut mata tertusuk penyedut minuman besi

SEORANG bekas joki maut selepas terjatuh dan matanya tertusuk penyedut minuman yang diperbuat daripada besi, menurut pendengaran prosiding inkues.

Elena Lindsay Struthers-Gardner mengalami kecederaan otak dalam satu kemalangan yang berlaku di kediamannya di Poole, Dorset di selatan England.

Koroner Brendan Allen mendengar butiran ringkas semasa pembukaan inkues berhubung kematian Elena di mahkamah koroner di Bournemouth.

Dia diberitahu bahawa Elena terjatuh di kediamannya pada 22 November lalu, dan dimasukkan ke Hospital Umum Southampton.

Mesin sokongan hayat dihentikan pada awal pagi keesokan harinya dan wanita berusia 60 tahun itu meninggal dunia di hospital.

Bedah siasat yang dijalankan oleh Dr David Parham, mendedahkan bahawa kematian Elena disebabkan oleh kecederaan otak traumatik.

Allen menangguhkan pendengaran kes tersebut sehingga Julai tahun depan. - Mirror Online

Artikel Lain