Suami nak bina hidup baharu dengan 'soulmate' gay, isteri disuntik insulin, dicekik sampai mati - Dunia | mStar

Suami nak bina hidup baharu dengan 'soulmate' gay, isteri disuntik insulin, dicekik sampai mati

Jessica mati dibunuh oleh suami sendiri. -fotoPA

SEORANG ahli farmasi didapati bersalah membunuh isterinya supaya dia boleh memulakan kehidupan baharu dengan teman lelakinya di Australia.

Mitesh Patel, 37, menyuntik isterinya, Jessica dengan insulin dan mencekiknya dengan beg Tesco di kediaman mereka di Middlesbrough.

Dia kemudian 'mencipta' keadaan seolah-olah penceroboh telah menyerang dan mengikatnya dengan tali.

Tidak ada tindak balas yang jelas daripada Patel ketika keputusan diumumkan, tetapi kedengaran bunyi sorakan 'yes' dari galeri awam.

Mitesh Patel. -fotoPA

Pasangan ini bersama-sama menjalankan bisnes farmasi yang berjaya, tetapi perkahwinan mereka tidak bahagia, dengan si suami sering mencari hubungan seks dengan lelaki yang ditemui di aplikasi janji temu Grindr.

Dan, dia secara diam-diam menjalinkan hubungan dengan 'soulmate'nya Dr Amit Patel, yang telah berhijrah ke Sydney.

Patel juga berharap untuk membawa bayinya dan Jessica yang diperolehi melalui kaedah IVF ke Sydney selepas isterinya mati.

Patel disabitkan bersalah membunuh di Mahkamah Teesside Crown selepas juri mendengar bahawa Patel telah membuat carian internet seperti'saya perlu bunuh isteri saya', 'overdose insulin', 'plot untuk bunuh isteri saya, adakah saya perlukan co-konspirator?', 'upah kaki pukul UK' dan 'berapa banyak methadone akan membunuh anda?' sejak bertahun-tahun.

Panel hakim sebulat suara mendapati Patel bersalah selepas membuat perbincangan selama kira-kira tiga jam pada hari ke-12 perbicaraan. -EveningStandard

insulin , gay , kekasih

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Coklat tumpah, panggil bomba!

Mak Nyah maut dibelasah sekumpulan lelaki

Mas Ermieyati sertai Bersatu