suria

Sully temani perjalanan terakhir Bush sebelum berkhidmat bantu anggota tentera cedera

ANJING kesayangan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George HW Bush dan isterinya, Barbara mendapat perhatian dunia.

Sully dipelihara Bush sejak menduduki kerusi penting AS pada 1989.

Baru-baru ini, jurucakap keluarga mending Bush, Jim McGarth memuatnaik foto terbaharu Sully di akaun Twitter yang menunjukkan anjing itu tidur di sisi keranda Bush Sr di Houston, Texas.

Malahan, haiwan peliharaan keluarga berkenaan selama 29 tahun itu juga turut serta ketika mayat tuannya menaiki pesawat Air Force One ke Washington DC untuk upacara penghormatan terakhir, diikuti pengebumian bekas pemimpin negara itu.

Bush Sr meninggal dunia akibat menderita penyakit Parkinson yang menyebabkan beliau sukar bergerak. Bagaimanapun, kehadiran Sully banyak membantu pemimpin yang sentiasa berkerusi roda itu.

Spesis Labrador yang terlatih ini mampu melakukan pelbagai perkara termasuk membuka pintu, menjawab telefon, mengambil barangan, malahan mendapatkan bantuan ketika kecemasan.

Menurut organisasi yang menyediakan Sully kepada Bush Sr, American VetDogs, haiwan itu akan dihantar ke pusat perubatan ketenteraan.

"Sully akan membantu kegiatan fizikal dan terapi untuk anggota tentera yang cedera," katanya.
Sully, Bush

Artikel Lain