Sekolah letak syarat had harga hadiah gara-gara guru dapat beg tangan mewah - Dunia | mStar

Sekolah letak syarat had harga hadiah gara-gara guru dapat beg tangan mewah

Gambar hiasan.

DUA sekolah di United Kingdom menetapkan had harga hadiah untuk guru iaitu sebanyak £50 (RM264), bagi mengelakkan ibu bapa berbelanja mahal.

Guru-guru di sekolah St Helen dan St Katherine di Abingdon, Oxfordshire, diberikan hadiah jenama mewah dan baucar hadiah untuk hidangan di restoran terkemuka.

Memetik laporan Times, ketua kedua-dua sekolah berkenaan memutuskan untuk campur tangan selepas mereka mendakwa hadiah yang diberikan oleh ibu bapa yang bermurah hati itu meletakkan kedudukan yang tidak selesa buat kakitangan.

Sehubungan itu, mereka meminta semua ibu bapa mengikut had berkenaan dan mereka juga meletakkan had £100 (RM528) bagi semua hadiah berkumpulan.

Menurut guru-guru di laman keibubapaan Mumsnet, harga biasa untuk hadiah guru adalah antara £5 (RM26) dan £20 (RM106).

Polisi itu telah pun ditetapkan sejak beberapa tahun lalu tetapi surat telah dihantar bagi memperjelaskan mengenai peraturan tersebut. - Mirror Online

Artikel Berkaitan

Artikel Lain