Bill Gates sumbang RM12 juta untuk saintis tiru letusan gunung berapi, kawal cahaya matahari - Dunia | mStar

Bill Gates sumbang RM12 juta untuk saintis tiru letusan gunung berapi, kawal cahaya matahari

Bill Gates menyumbangkan AS$3 juta (RM12.54 juta) untuk kajian itu. FOTO: AP/Reuters

BEBERAPA saintis dilaporkan cuba meniru kesan letusan gunung berapi untuk menghalang cahaya matahari dan fenomena pemanasan global, pada masa depan.

Kajian itu dibiayai oleh pengasas Microsoft, Bill Gates dengan dana berjumlah AS$3 juta (RM12.54 juta).

Dilakukan di Universiti Harvard pasukan berkenaan akan menyebur partikel kapur ke atmosfera bumi setinggi 12 batu untuk memantulkan semula cahaya matahari ke angkasa.

Ujar mereka, kaedah itu sama seperti letusan gunung berapi yang melepaska sulfur dioksida ke udara.

Pada 1991, Gunung Pinatubo di Filipina meletus dan melepaskan 20 juta tan sulfur dioksida menyebabkan planet bumi berada dala m keadaan sejuk selama 18 bulan.

Tambah mereka lagi, kaedah berkenaan diharap dapat mengurangkan kesan perubahan iklim, menyelamatkan karang laut dan lapisan salji di beberapa kawasan di bumi.

Eksperimen itu dijangka bermula pada Julai tahun depan dan akan dilakukan di kawasan selatan barat Amerika Syarikat (AS).

Namun, beberapa saintis dikatakan kurang bersetuju dengan kaedah itu dan menyifatkan ia berupaya merosakkan lapisan ozon serta mengganggu taburan hujan. - Daily Mail.

Bill Gates , Saintis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Mayat Nora Anne sudah dituntut