Cari rakan serumah, syarat diberi wanita ini buat netizen pening kepala - Dunia | mStar

Cari rakan serumah, syarat diberi wanita ini buat netizen pening kepala

Gambar hiasan: The Law Office of Shannon Bradley

MENCARI teman serumah yang 'satu kepala' dan tidak memeningkan hidup anda bukanlah sesuatu yang mudah.

Malah, kisah-kisah mengenai teman serumah yang panjang tangan, pengotor dan pemalas sering tular di media sosial.

Lain pula ceritanya dengan wanita ini, dia memuat naik senarai panjang di laman sosial mengenai syarat yang perlu dipatuhi untuk menjadi teman serumahnya dan ternyata ia mengundang pelbagai reaksi.

Menurut seorang pengguna Twitter, dia berasa 'mual dan sakit' setelah membaca syarat yang diberikan wanita itu.

Malah, seorang lagi individu berkata, wanita tersebut sepatutnya tinggal sendirian sahaja kerana syarat yang diletakkan begitu mengarut, tidak masuk akal dan sukar untuk dipenuhi.

Berikut merupakan antara syarat yang disenaraikan oleh wanita tersebut.

1. Anda perlu keluar dari rumah pada dari 9 pagi hingga 5 petang kerana saya bekerja di rumah.

2. Jika membuka pintu, sila pegang tombol, tak boleh tolak pintu atau hempas dan cuba jangan hasilkan bunyi.

3. Saya tak suka bunyi bising, jadi elakkan membuat bunyi dari dalam bilik seperti bercakap telefon atau membuat panggilan video Skype dan sila pakai fon telinga.

4. Anda perlu ada kawan-kawan, sentiasa keluar melawat dan beriadah. Anda tak boleh sentiasa ada di rumah.

5. Jika terlupa mencuci rumah mengikut jadual giliran yang ditetapka, anda perlu membua kerja rumah ekstra.

6. Jangan habiskan masa terlalu lama dalam bilik air dan tandas.

7. Tak boleh memasak di dapur sebelum 8.30 pagi dan 11 malam. Kalau nak masak untuk bekal bekerja, sila masak sehari sebelum.

Syarat-syarat tersebut mengundang kecaman di edia sosial dan turut dikongsi ramai.- Mirror.UK.

 

Rakan Serumah

Artikel Lain