Penjara palsu buat pekerja, pelajar yang mahu 'bebas' - Dunia | mStar

Penjara palsu buat pekerja, pelajar yang mahu 'bebas'

BAGI warga Korea Selatan yang sedang mencari jalan untuk keluar dari tradisi kehidupan seharian, sebuah 'penjara palsu' beroperasi 24 jam sedia memberi kebebasan buat mereka.

Dinamakan 'The Prison Inside Me', warga Korea Selatan hanya perlu membayar £70 (RM374) untuk tinggal di pusat pengasingan tersebut.

Sejak pembukaannya pada 2013, kemudahan yang terletak di Hongcheon itu telah menjadi pilihan lebih 2,000 pekerja dan pelajar yang berdepan masalah tekanan hidup dan mahu melarikan diri dari alam pekerjaan serta akademik di negara tersebut.

Di dalam 'penjara' itu, terdapat larangan yang perlu dipatuhi iaitu tidak dibenarkan menggunakan sebarang jenis alat komunikasi, termasuk telefon bimbit, jam dan juga cermin.

Pelanggan mengatakan ruang bersendirian itu membolehkan mereka berehat dan melarikan diri daripada kesibukan serta kehidupan yang tidak menentu.

Dalam 28 sel seluas lima meter persegi itu, pelanggan menghabiskan sebahagian besar masa mereka untuk mengasingkan diri dengan membuat catatan diari dan yoga, selain mengambil bahagian dalam aktiviti berkumpulan.



Pelanggan juga memakai baju penjara tradisional dan dihidangkan makanan yang diberikan melalui ruang kecil pada pintu sel.

Kajian Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) mendapati  penduduk Korea Selatan bekerja rata-rata 2,000 jam pada 2017, sekali gus dilabel sebagai negara di mana rakyatnya terlampau banyak meluangkan masa bekerja di Asia.



Kadar bunuh diri negara itu merupakan salah satu yang tertinggi di dunia, lebih dua kali ganda dari Amerika Syarikat.

Pelanggan berusia 28 tahun, Park Hye-Ri berkata: "Penjara ini memberikan saya kebebasan."

Pengasas tempat tersebut, Noh Ji-Hyang berkata sebahagian daripada inspirasi untuk membangunkan penjara itu datang dari suaminya, seorang peguam yang bekerja sekitar 100 jam seminggu.

"Pada mulanya orang mengatakan keadaan akan sesak di dalam penjara tetapi selepas menginap di sini, mereka menganggap ia bukan penjara," - Mirror


Korea Selatan , Hongcheon , penjara

Artikel Berikut

Iras Meghan dicari, namanya Anna

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain