suria

Lelaki menderita akibat tersalah didiagnosis menghidap kanser

SEORANG lelaki Colorado, Amerika Syarikat mendakwa telah menjalani rawatan kemoterapi dan mengambil ubat tahan sakit selama lima tahun, iaitu sejak didiagnosis menghidap kanser.

Namun, apa yang mengejutkan adalah penyakit kanser yang dikatakan beberapa doktor dihidapnya itu sebenarnya tidak wujud.

James Salaz, yang menetap di Montrose, Colorado, didiagnosis dengan kanser selepas mengalami kesakitan teruk di bawah ketiak. 

Doktor telah mengesan sesuatu di dalam paru-paru kirinya dan selepas menjalani ujian biopsi, Salaz didiagnosis dengan Langerhans Cell Histiocytosis, sejenis kanser yang jarang berlaku dan menyebabkan sel-sel di badannya boleh merosakkan tisu dan akhirnya menyebabkan kematian.

Hancur dengan berita itu, Salaz berjumpa dengan doktor di Montrose, Delta, Grand Junction dan Denver, dan mereka semua mengesahkan bahawa dia mempunyai penyakit Langerhans. Ternyata kesemuanya salah.

"Mereka berkata bahawa saya merupakan satu-satunya di Colorado yang menghidap penyakit ini," kata Salaz yang mengakui tidak kuat untuk melalui proses kemoterapi yang terlalu menyakitkan.

Jadi dia akan menelan beberapa ubat untuk mengatasi kesakitan disebabkan kemoterapi untuk terus bertahan. Bagaimanapun, Salaz masih hampa apabila mendapati dirinya masih belum pulih. 

Tahun lalu, Salaz ke Hospital Montrose untuk menemui Dr Choon Kee Lee ,tetapi dimaklumkan bahawa pakar itu telah dibuang kerja. 

Bagaikan rahmat buat dirinya apabila Salaz perlu mendapatkan khidmat doktor baharu yang seterusnya telah memaklumkan perkara sebenar kepadanya.

"Dia menelefon saya dan memberitahu bahawa saya tidak pernah menghidap Langerhans. Saya mempunyai penyakit yang dipanggil vasculitis, dan dia berkata jika penyakit itu dirawat lima tahun yang lalu, saya akan pulih.

"Tetapi sekarang keadaan sudah menjadi teruk dan ia dipanggil Wagners," kata Salaz kepada NBC11.

"Mereka merawat sesuatu yang saya tidak ada dan ia amat menyedihkan...dan saya fikir seseorang perlu bertanggungjawab dengan apa yang berlaku ini," katanya.

Malangnya, penyakit sebenarnya yang dihidapi Salaz lebih sukar dirawat kerana kekurangan doktor pakar penyakit tersebut di Colorado. 

Dia menelefon pejabat doktor yang dia telah ditugaskan untuknya dan mereka mengesahkan telah menemui doktor pakar untuk merawatnya, namun ia mungkin akan mengambil masa setahun sebelum dapat melakukan pemeriksaan terhadapnya.

"Kita mempunyai hampir 1,000 pesakit secara keseluruhan, ia boleh mengambil masa enam hingga lapan bulan atau setahun, bergantung kepada bila mereka dirujuk dan apa isu sebenarnya," kata Dr Jessica Baer Mears, Rheumatologi, Pusat Arthritis Colorado Barat.

Lebih menyedihkan apabila kesan kemoterapi itu, Salaz didiagnosis dengan menghidap pankreatitis, kerana ubat kanser yang kuat.

Dr Lee, iaitu salah seorang doktor yang didakwa mendiagnosis Salaz, menolak permintaan NBC11 untuk memberi komen. - Oddity Central
Colorado, kanser

Artikel Lain