suria

Kajian dedah menonton filem adiwira bantu manusia jadi lebih baik

Antara watak adiwira popular. FOTO: Church Mag

MENURUT satu kajian yang dijalankan, menonton filem superhero atau adiwira mampu membantu anda menjadi seorang individu yang lebih baik.

Menerusi kajian itu, pendedahan terhadap filem genre berkenaan boleh memberi inspirasi kepada penonton untuk membantu orang lain dan juga meningkatkan perhubungan serta aktiviti sosial dalam masyarakat.

Biarpun paparan adiwira itu sendiri tidak berupaya membentuk diri penonton secara keseluruhan, ia tetap menyumbang kepada niat untuk membantu jika mereka berhadapan dengan situasi berkaitan dalam dunia nyata.

Filem adiwira sering mendapat smabutan hangat setiap kali ia ditayangkan di pawagam. FOTO: Tell Tales.

"Watak adiwira sememangnya berpenanan besar dalam budaya kita hari ini, apabila menonton, kita pastinya akan meneroka watak mereka dan ia akan memberi inspirasi.

"Hero ada banyak bentuk dan jenis, ada yang fiksyen, ada juga hero di dunia sebenar yang menjadi contoh dan teladan.

"Kami buat keputusan untuk mengkaji kesan menonton filem superhero seperti Spiderman dan Superman, dan bagaimana ia memberi motivasi kepada sikap penonton di dunia nyata," ujar Dr Jeffrey Green dari Universiti Virginia Commonwealth.

Kajian itu dijalankan ke atas 200 responden. Mereka yang terlibat dalam kajian itu dilaporkan lebih cenderung untuk melinatkan diri dalam perlakuan prososial dan berkeinginan untuk membantu manusia lain.

Antara filem adiwira popular adalah Batman, Superman, Captain America, Iron Man, Thor dan banyak lagi. - Daily Mail.

Adiwira, Spiderman, Superman

Artikel Lain