suria

Penumpang dihalau keluar pesawat selepas hantar swafoto “pengganas di atas kapal”

Seorang penumpang dihalau keluar dari pesawat Jet Airways kerana menghantar gambar berbaur ancaman. - File photo

SEORANG penumpang dihalau keluar daripada sebuah pesawat selepas bergurau dan mendakwa dia seorang pengganas serta menghantar gambar swafoto kepada seorang rakan.

Yogvedant Poddar memuat naik gambar tersebut ke aplikasi Snapchat dengan keterangan gambar: "Pengganas di atas kapal, aku menghancurkan hati wanita."

Gambar swafoto mencurigakan itu disedari oleh seorang penumpang yang duduk di belakangnya yang kemudian memaklumkan perkara itu kepada kru kabin.

Poddar, 21, kemudian dihalau keluar daripada menaiki penerbangan domestik Jet Airways dari Kolkata ke Mumbai, lapor NDTV.

Pelepasan pesawat terpaksa dibatalkan dan Poddar diminta keluar dari kapal terbang memandangkan kata-katanya itu dianggap sebagai ancaman keselamatan, kata lapangan terbang tersebut.

Kakitangan keselamatan lapangan terbang terbabit menyerahkannya kepada pihak polis yang kemudian mememeriksa bagasi Poddar, namun tiada objek mencurigakan dijumpai.

Bapa Poddar dilaporkan tiba di lapangan terbang itu dan berkata, anaknya cuma bergurau.

Pesawat itu dikatakan memiliki 160 penumpang dan Poddar menaiki kapal terbang itu untuk menghadiri satu temu duga pekerjaan. - Daily Mail

ancaman pengganas

Artikel Lain