suria

Seluar dalam renda punca suspek bebas tuduhan rogol

Coppinger menunjukkan thong di Parlimen ketika mahu membahaskan isu tentang tindakan menyalahkan mangsa rogol.

DUBLIN: Keputusan mahkamah membebaskan seorang lelaki daripada tuduhan merogol remaja berusia 17 tahun mencetuskan siri protes di Ireland.

Semasa perbicaraan kes itu, peguam bela memberitahu juri, 'Anda perlu lihat cara gadis itu berpakaian. Dia memakai thong dengan renda pada bahagian depannya'.

Susulan itu, suspek berumur 27 tahun itu didapati tidak bersalah dan tuduhan ke atasnya telah digugurkan.

Tertuduh mendakwa hubungan intim dengan remaja tersebut yang berlaku di lorong kecil di Cork adalah secara sukarela.

Kontroversi itu telah menyebabkan salah seorang ahli Parlimen menunjukkan seluar dalam renda itu dalam dewan untuk membahaskan isu tentang tindakan menyalahkan mangsa.

"Ia memang perkara memalukan untuk menunjukkan thong (seluar dalam) di sini. Bagaimana anda fikir mangsa rogol atau wanita berasa wajar atau tidak seluar dalam yang dipakai mereka ditunjukkan di mahkamah," kata Ruth Coppinger.

Butiran hujah penutup yang dibentangkan penasihat kanan, Elizabeth O'Connel telah menarik perhatian banyak pihak hingga mencetuskan gerakan protes dalam talian. - BBC

thong, rogol

Artikel Sebelum

Artikel Lain