Jantung nak gugur... budak perempuan main anak patung di luar tingkap tanpa penghadang - Dunia | mStar

Jantung nak gugur... budak perempuan main anak patung di luar tingkap tanpa penghadang

JANTUNG bagai mahu gugur apabila melihat seorang budak perempuan sedang bermain dengan anak patungnya betul-betul di tepi belebas dinding tingkat empat sebuah blok bangunan.

Saksi telah merakamkan 'adegan' itu yang berlaku di resort pantai Vina del Mar di Valparaiso, Chile.

Kanak-kanak itu dapat dilihat bermain betul-betul di tepi ruang terbuka bahagian luar bangunan bersebelahan dengan tingkap besar dan sesekali mengintai ke bawah.

Pada suatu ketika dia menghayunkan kakinya di pinggir tebing tersebut sebelum merangkak kembali ke arah tingkap di mana dia datang.

Saksi merakamkan kejadian itu dari hospital yang terletak di hadapan bangunan tersebut.

Seorang lelaki bernama Manuel, yang berada di hospital itu bersama anaknya untuk berjumpa doktor berkata kanak-kanak itu berada pada ketinggian kira-kira 40 kaki.

Ruang seperti balkoni itu tidak berdinding, tidak mempunyai pagar atau penghadang dan kanak-kanak tersebut telah membongkokkan badan sambil menghayunkan anak patungnya ke bawah.

Seorang doktor di hospital itu ternampak budak itu dan segera menghubungi polis.

Manuel berkata: "Ada orang lain bersama kanak-kanak itu (dalam bangunan) termasuk ibunya, tetapi dia nampaknya sedang bercakap telefon."

Tidak jelas berapa lama budak itu bermain di situ, tetapi Manuel berkata ia berlaku selama beberapa minit.

Tidak dilaporkan sama ada pihak berkuasa tempatan menyiasat kejadian itu. -Daily Mail

anak patung , balkoni

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ketagih minum air rebusan tuala wanita

Artikel Berkaitan

Artikel Lain