suria

Sedang asyik bermain, bayi digigit lebih 15 kali oleh dua bayi lelaki lain

Bayi berusia 17 bulan ini mengalami mimpi buruk ketika keluar dengan ibunya. -foto Ben Lack

SEORANG kanak-kanak mengalami kecederaan dan mungkin trauma selepas digigit lebih dari 15 kali oleh kanak-kanak lain di sebuah pusat alat permainan lembut.

Willow-Ivy Doherty, 17 bulan, mengalami mimpi buruk ketika keluar dengan ibunya, Becky, abangnya Tucker, enam tahun, dan kakaknya Aurora, tiga tahun.

Becky, 33, berkata: "Dia kelihatan seperti diserang seekor anjing, bukan kanak-kanak."

Willow-Ivy Doherty. -foto Ben Lack

Pada hari kejadian, ibu tunggal dengan enam anak itu membawa tiga anaknya ke Little Bees di Seacroft, Leeds, dan duduk melihat mereka bermain dari meja yang menghadap ke kawasan permainan.

Dia sedang melihat Aurora apabila mendengar suara wanita menjerit: "Ya Tuhan, bayi siapa ini?"

"Dia menarik budak lelaki itu dari Willow. Dia memegang lehernya."

Becky tergamam apabila melihat muka Doherty sudah 'biru' dan tidak bernafas, sementara budak lelaki itu berdiri sambil tersenyum lebar dengan darah di sekitar mulutnya.

Dia percaya budak lelaki itu berusia sekitar dua tahun dan dia bersama abangnya yang berusia empat tahun.

Kesan gigitan di bahagian belakang. -foto Ben Lack

Wanita itu berteriak 'mana mak kamu?' tetapi ibu kepada budak lelaki itu tidak muncul sehinggalah kakitangan di situ memberi bantuan kecemasan kepada Doherty.

Becky membawa anaknya ke hospital di mana dia diberi suntikan Hepatitis B dan rawatan untuk lukanya.

Bayi itu terpaksa menahan sakit apabila terdapat empat gigitan di muka, dua di jari, tiga di belakang, beberapa kesan di kepala, satu di telinga, satu di bahu, satu di pergelangan tangan dan satu di kakinya.

Doherty perlu berjumpa pakar kulit. -foto Ben Lack

Dia perlu mendapatkan banyak rawatan dan perlu berjumpa seorang pakar kulit.

Becky berkata: "Mereka beritahu tanda gigitan itu adalah dari dua kanak-kanak berbeza."

Pemilik Little Bees, yang tidak mahu dinamakan, mengesahkan bahawa dia telah membantu Doherty tetapi berkata: "Kami bukan pusat jagaan. Kanak-kanak memerlukan pengawasan ibu bapa."

Polis West Yorkshire berkata rujukan perkhidmatan sosial telah dibuat berkaitan suspek kanak-kanak itu dan kesnya telah ditutup. -Mirror

gigit, budak, trauma

Artikel Sebelum

Artikel Lain