suria

Pemuda meninggal dunia selepas lapan tahun lumpuh gara-gara telan lintah bulan

LAPAN tahun hidup dalam lumpuh selepas menelan seekor lintah bulan, Sam Ballard akhirnya meninggal dunia.

Pada 2010, Ballard ketika itu berusia 19 tahun merupakan pemain ragbi telah dicabar oleh kawan-kawannya untuk menelan seekor lintah bulan ketika menghadiri sebuah parti.

Dia bertanyakan kepada kawannya: "Patutkah saya makan?" dan keesokannya dia dikejarkan ke hospital.

Doktor mendapati pemuda kelahiran Sydney, Australia itu dijangkiti radang disebabkan cacing peparu yang terdapat dalam lintah bulan itu.

Ballard sebelum insiden yang menimpanya pada 2010. Foto: Facebook

Ballard berada dalam koma selama 420 hari dan mengalami jangkitan radang disebabkan parasit tersebut.

Dia dikeluarkan dari hopital tiga tahun kemudian dan sejak itu dia hidupnya diatas kerusi roda.

"Sam merupakan seorang pejuang sejati.  Dia mempunyai ramai kawan-kawan serta keluarga yang menyayangi dan mengambil berat dirinya.

"Pada hari terakhir hidupnya, dia sangat gembira dan dikelilingi suasana kasih sayang," ujar kenyataan keluarganya.

Ayat terakhir Ballard untuk ibunya adalah 'Saya sayang anda'.-Mirror.co.uk

Sam Ballard, lintah bulan

Artikel Lain