suria

Ibu jumpa kasut sebelum anak ditemui mati bersama simbol syaitan, ayam jantan tanpa kepala

Alisa Onyshchuk. -fotoCEN/Mirror

SEORANG gadis berumur 15 tahun telah dirogol dan dibunuh ketika dalam perjalanan ke sekolahnya.

Mayatnya ditemui di dalam hutan dalam keadaan dikelilingi oleh simbol-simbol syaitan dan dua ekor ayam jantan yang kepalanya dipenggal.

Alisa Onyshchuk ditikam sampai mati di kampung Babai di wilayah Kharkiv di utara-timur Ukraine.

Menurut media tempatan, Onyshchuk keluar rumah pada awal pagi untuk menaiki kereta api menuju sekolahnya di Kharkiv, ibu kota wilayah itu.

Dia menggunakan laluan pejalan kaki yang disediakan sepanjang hutan itu sebagai jalan pintas ke stesen kereta api.

Beberapa jam kemudian, ibunya Viktoria Onyshchuk menggunakan jalan yang sama untuk pergi ke bandar dan menemui sebelah kasut sukan yang dipakai anak perempuannya di atas jalan.

Siasatan forensik mendapati mangsa telah diperkosa dan dicekik sehingga mati. -fotoCEN

Dalam keadaan cemas, dia mengambil kasut itu, menaiki kereta api dan pergi ke Kharkiv.

Dia pergi ke sekolah anak perempuannya, tetapi mendapat tahu tiada siapa yang melihatnya pada hari tersebut.

Dia terus membuat laporan mengenai kehilangan anak perempuannya kepada pihak berkuasa tempatan.

Polis dan sukarelawan mula melakukan carian di hutan berhampiran stesen itu dan 24 jam kemudian mereka menemui mayat mangsa dalam keadaan tidak sempurna.

Marina, salah seorang sukarelawan yang menemui mayat itu berkata: "Mayat itu ditemui di dalam hutan yang hampir ditarah. Ia dikelilingi oleh simbol-simbol syaitan yang diletakkan di atas tanah.

"Dua ekor ayam yang dipenggal kepalanya digantung dekat dengannya, wajah gadis itu dipenuhi darah."

Jurucakap polis Viktoria Zinovyeva berkata: "Menurut pemeriksaan forensik, mangsa telah diperkosa dan dicekik sehingga mati."

Polis mencari suspek lelaki berumur antara 35 dan 45 tahun yang kali terakhir dilihat oleh penduduk tempatan berhampiran stesen kereta api sebelum mangsa hilang.

Tiada penangkapan dibuat setakat ini. -Mirror

syaitan, ritual, rogol

Artikel Lain