suria

Lelaki meninggal dunia selepas robot tersilap bedah

Pettitt meninggal dunia ketika menjalani pembedahan di sebuah hospital dfi Newcastle.

SEORANG lelaki meninggal dunia selepas menjalani pembedahan yang dilakukan oleh sebuah robot.

Stephen Pettitt,69, mengalami pelbagai kerosakan organ selepas kegagalan prosedur pembedahan jantung yang turut melibatkan sebuah hospital.

Pembedahan tersebut diketuai oleh Sukumaran Nair yang sebelum itu menolak untuk menjalani latihan terhadap robot itu.

Malah selepas insiden, Nair memberitahu rakan sekerjanya bahawa dia perlu lebih banyak membuat latihan.

Ia juga dilaporkan bahawa beberapa kakitangan yang sepatutnya membantu robot yang dikenali Da Vinci itu tidak berada di situ.

Kematian Pettitt dari Whitley Bay, Tyne &Wear itu memaksa siasatan besar-besaran dibuat termasuk dari pihak polis.

Robot Da Vinci direka sebagai menjadi kunci utama dalam proses pembedahan agar lebih selamat dan tepat.

Selepas mangsa meninggal dunia, koordinator berkata, Nair telah menghubunginya meminta maaf dan mungkin akan menjalani lebih banyak latihan.

Menurut pakar patologi Nigel Cooper berkata: "Pembedahan itu mengikut masa yang tepat. Namun penghujung proses pembedahan jantung berfungi sangat teruk.

"Ubat-ubatan dan mesin digunakan untuk membantu jantung kembali berfungsi namun organ Pettitt mula merosot dan meninggal dunia beberapa hari kemudian. DailyMail.

Robot, bedah

Artikel Lain