Niat cari rezeki berakhir dengan tragedi, ibu empat anak didera majikan - Dunia | mStar

Niat cari rezeki berakhir dengan tragedi, ibu empat anak didera majikan

Kibwana dihantar balik ke Kanya selepas majikannya enggan bertanggung jawab. Foto:BBC

NIAT mencari rezeki di Jordan berakhir dengan tragedi  apabila ibu kepada empat orang anak didera dan dipukul oleh majikannya.

Mary Kibwana,30, terbang ke Jordan untuk mancari pekerjaan bagi membantu keluarga menyara empat anak pada tahun 2015.

Dia telah dihantar bekerja ke sebuah rumah keluarga yang kaya raya.

Sebaik sahaja tiba di rumah itu, pasport dan telefon bimbitnya dirampas.

Kibwana bekerja 18 jam sehari, dan memasak serta membersih bermula pukul 6 pagi sehingga lewat malam.

Dia sentiasa dipukul oleh majikannya terutama ibu dan anak.

Namun paling mengerikan apabila dia berdepan dengan kecederaan teruk apabila gas kanister meletup ketika Kiwana sedang menyediakan teh yang menyebabkan bahagian dada dan ke bawah disambar api serta melecur 47 peratus badannya.

Insiden itu menyebabkan dia pengsan dan apabila tersedar, bos dia terus menyepaknya sebelum dihantar ke hospital.

Pembantu rumah itu menghabiskan masa hampir sebulan di sebuah hospital di Amman.

Majikannya itu telah memberitahu suami Kibwana mengenai kemalangan yang menimpa wanita itu dan 'berada dalam keadaan baik'.

Namun apabila kecederaan tidak sembuh, majikan wanita itu telah menghantarnya pulang ke Kenya pada Mei 2016.

Dan Kibwana akhirnya meninggal dunia berpunca daripada kecederaan melecur di badannya itu.

Kisah Kibwana itu didedah dalam dokumentari di BBC yang bertajuk "Maid in Hell'.

Mary Kibwana

Artikel Lain