Lion Air: 24 mayat ditemukan, bangkai pesawat belum jumpa - Dunia | mStar

Lion Air: 24 mayat ditemukan, bangkai pesawat belum jumpa

Pencarian bangkai Lion Air diteruskan pada Selasa.Foto:AP

JAKARTA: Operasi mencari bangkai pesawat Lion Air yang terhempas di perairan Tanjung Karawang semalam masih gagal ditemui setakat 9 pagi ini.

Pengarah Operasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), Bambang Suryo Aji  berkata sebanyak 19 kapal dan tiga helikopter terlibat dalam operasi itu.

"Setakat pagi ini sebanyak 24 mayat telah ditemukan, selain serpihan-serpihan dipercayai milik pesawat, serta barang-barang milik penumpang," katanya.

Bambang berkata mayat-mayat yang ditemukan itu dalam keadaan tidak sempurna dan telah dihantar ke hospital untuk proses mengenal pasti identiti, dan pihaknya beranggapan semua penumpang dan anak kapal  pesawat itu terkorban dalam nahas berkenaan.

Presiden Indonesia Joko Widodo semalam telah mengarahkan operasi mencari pesawat itu dilakukan 24 jam.

Penerbangan  JT610 yang membawa 181 penumpang dan lapan anak kapal itu terhempas setelah berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta pada 6.20 pagi Isnin.

Pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu dilaporkan terputus hubungan sebelum terhempas di koordinat  S 5 49.052 E 107 06.628 di perairan Karawang yang sepatutunya tiba di Lapangan Terbang Depati Amir Pangkal Pinang pada pukul 7.10 pagi waktu Indonesia barat.

Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam nahas itu.-Bernama

Bangkai , Lion Air

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa