suria

Anak usia 18 bulan ajar bapa lumpuh berjalan semula

James, 33, bersama anak bongsunya, Siena, 18 bulan.

SEORANG bapa kini sedang belajar berjalan dengan anak kecilnya setelah dia mengalami penyakit lumpuh.

James Hart, 33, kini sama-sama belajar melangkah bersama anak perempuannya yang berusia 18 bulan.

Bapa kepada dua anak yang berasal dari Mansfield, Notts itu mengalami sakit pneumonia dan pleurisy sebelum dimasukkan ke hospital selama enam minggu pada Mei 2016.

Selepas itu, dia tidak mampu berjalan dan disahkan lumpuh oleh doktor.

James kini hampir boleh berjalan semula selepas menjalani fisioterapi.

Mengimbas perisitiwa itu, James berkata segala yang berlaku cukup pelik buatnya.

"Ianya sangat aneh, selepas enam minggu sakit, saya keluar dengan sihat dan dapat bermain bola dengan anak sulung saya.

"Esoknya saya bangun dan sudah tak boleh berjalan. Saya lumpuh," katanya.

Dia kini sudah mampu untuk berjalan secara perlahan-lahan selepas menjalani rawatan fisioterapi.

Lebih manis, dia kini dapat sama-sama berjalan bersama anak kecilnya.

"Sienna kini sedang belajar berjalan, sama macam saya. Jadi kami berlatih sama-sama.

"Anak-anak saya menjadi inspirasi. Sejak lahir Sienna tak pernah tengok saya berjalan, ini membuatkan saya bersemangat untuk berjalan semula," kata James.-Mirror.UK.

 

 

Lumpuh, Pneumonia

Artikel Lain