Nenek 100 tahun dirogol pemuda mabuk - Dunia | mStar

Nenek 100 tahun dirogol pemuda mabuk

Warga emas itu dibawa ke hospital tetapi dibenarkan pulang pada Rabu.

KOLKATA: Gara-gara mabuk, seorang pemuda hilang pertimbangan apabila bertindak merogol seorang nenek berusia 100 tahun di rumahnya.

Kejadian dilaporkan berlaku pada Selasa ketika mangsa tinggal bersendirian di rumahnya yang terletak di perkampungan Chakulia dalam daerah Nadia di Bengal Barat.

Polis menahan suspek Argha Biswas, 20, sejurus selepas dia ditemui keluarga mangsa.

Cucu kepada nenek tersebut yang enggan namanya didedahkan berkata, dia terdengar suara aneh dari kediaman warga emas itu.

"Saya terdengar bunyi aneh yang bising tetapi apabila saya melihat dari tingkap, saya meminta bantuan orang lain sebaik sahaja saya melihat nenek saya," katanya.

Argha Biswas.

Pemuda tersebut kini direman 14 hari dan sedang menunggu pendengaran kes kali kedua di mahkamah.

Ketika ditanya mengenai insiden itu, Biswas memberitahu pemberita di luar mahkamah bahawa dia berada di bawah pengaruh alkohol dan tidak sedar apa yang dilakukannya.

Warga emas itu dibawa ke hospital selepas insiden itu tetapi dibenarkan pulang pada Rabu.

Pegawai kanan polis, Rupesh Kumar berkata:"Mangsa tidur bersendirian di rumahnya. Rumah itu tidak berkunci kerana ia budaya di perkampungan itu. Keluarganya menjumpai lelaki tersebut apabila mangsa menangis meminta tolong.

"Ketika kami tiba, kami menjumpai Biswas bersembunyi dibawah katil. Dia ditemui ahli keluarga mangsa," katanya. - Metro.co.uk

nenek , rogol

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain