Suspek bunuh wartawan Arab Saudi mati dalam keadaan mencurigakan - Dunia | mStar

Suspek bunuh wartawan Arab Saudi mati dalam keadaan mencurigakan

SALAH seorang individu yang dikaitkan dengan pembunuhan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi dilaporkan maut dalam insiden kereta yang mencurigakan di Riyadh, awal minggu ini.

Mangsa, Meshal Saad Albostani, bersama 14 lagi individu sebelum ini dituduh oleh kerajaan Turki sebagai suspek utama kematian wartawan tersebut.

Dia yang bertugas sebagai anggota tentera udara diraja negara itu dilaporkan terbunuh dalam satu kemalangan, namun tiada sebarang maklumat mengenai kejadian itu berjaya diperolehi setakat ini.

Albostani, 31 bersama 14 lagi individu dikatakan bertanggugjawab dalam kehilangan dan pembunuhan Khashoggi.

Dia juga didakwa berada di pejabat konsulat sewaktu wartawan itu dibunuh.

Malah, Albostani dikatakan tiba di Turki pada pagi 2 Oktober, hari yang sama wartawan itu dibunuh sebelum kembali ke Arab Saudi menerusi jet peribadi pada petangnya.

Sebelum ini, seorang pakar bedah yang juga bekas pelajar di United Kingodm dikaitkan dengan kematian Khashoggi.

Dr Salah al-Tubaigy, bukan sahaja dikaitkan sebagai punca kehilangan wartawan tersebut malah didakwa turut menyiksanya sehingga mati.

Menurut satu pendedahan, dia dikatakan memotong badan Jamal dengan gergaji sambil mendengar muzik.

Sementara itu, pihak berkuasa di Turki dan Arab Saudi kini sedang menjalankan siasatan terperinci bagi merungkai misteri pembunuhan itu.-NewsWeek.

Jamal Khashoggi

Artikel Berkaitan

Artikel Lain