Lelaki 62 tahun jatuh lombong, terpaksa bunuh ular untuk selamatkan diri - Dunia | mStar

Lelaki 62 tahun jatuh lombong, terpaksa bunuh ular untuk selamatkan diri

AKIBAT terjatuh ke dalam sebuah lombong, seorang lelaki berusia 62 tahun mengalami kecederaan patah di bahagian kaki.

Lebih mengerikan, dia juga terpaksa berhadapan dengan ular berbisa sebelum diselamatkan, dua hari kemudian.

John Waddel, terjatuh ke dalam lombong berkedalam 100 kaki yang terletak di Aguila, Arizona.

Rakannya yang ditemui turut bercerita mengenai perjanjian mereka yang menjurus kepada penemuan itu.

"Dia hubungi saya pada Ahad dan berkata akan kembali dari lombong pada Selasa. Jika dia tidak pulang, dia suruh saya cari di sana. Kami selalu berjanji seperti itu.

"Ternyata dia tidak pulang pada Selasa. Jadi saya pergi ke sana pada Rabu sebelum mendengar suaranya sedang meminta pertolongan," ujar Terry Schrader.

Pihak berkuasa mengambil masa kira-kira enam jam untuk mengeluarkan lelaki tersebut.

Selain patah kaki, dia turut mengalami kering air dalam badan.

Bercerita lanjut mengenai pengalamannya, John berkata dia terpaksa membunuh tiga ekor ular berbisa sewaktu berada di dalam lombong.

Dia kini ditempatkan di hospital dan sedang berehat dari kecederaan yang dialami.-FoxNews.

Lombong

Artikel Lain