Cacing 15 sentimeter 'berkhemah' dalam mata - Dunia | mStar

Cacing 15 sentimeter 'berkhemah' dalam mata

SEEKOR cacing berukuran 15 sentimer dikeluarkan daripada mata seorang lelaki berusia 60 tahun.

Lelaki tersebut yang namanya dirahsiakan tiba di sebuah hospital Karnataka, India dalam keadaan yang tidak selesa pada matanya.

Dia kemudian bertemu dengan Dr Srikanth Shetty yang membuat keputusan perlu mengambil tindakan segera untuk membuang cacing itu memandangkan ia boleh memberi kesan kepada pandangan.

Cacing itu itu dikenali Wuchereria Bancrofti sejenis cacing bulat yang disebarkan melalui gigitan nyamuk.-mirror.co.uk

Cacing dalam mata

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain