Isteri pindah wang suami ke akaun kekasih 'online' demi dapatkan 'beg penuh duit' - Dunia | mStar

Isteri pindah wang suami ke akaun kekasih 'online' demi dapatkan 'beg penuh duit'

SEORANG pekerja kilang yang sudah berkahwin terpaksa mendedahkan kemelut rumah tangganya kepada media selepas menyedari hubungan cintanya dengan seorang 'juruterbang asing' rupa-rupanya adalah satu penipuan.

Wanita berusia 40 tahun dari wilayah Rayong, Thailand yang tidak mahu dikenali itu berkata dia sering berbual dengan lelaki asing yang mendakwa bekerja sebagai juruterbang tersebut di Facebook selama dua bulan, sebelum diminta memindahkan sebanyak 110,000 baht (RM13,897).

Wang itu bagi membayar yuran kastam untuk hadiah mahal yang mahu dikirimkan kepada wanita berkenaan, termasuk sebuah beg berisi wang tunai dan jam tangan, lapor Sanook.

Bagi mereka yang berfikiran waras, pasti akan tertanya-tanya mengapa seseorang yang mempunyai beg dipenuhi wang tunai perlu meminta wang dipindahkan kepadanya, tetapi bagi mereka yang sedang dilamun cinta, mungkin tidak dapat berfikir seperti itu.

-foto Sanook

Lelaki tersebut, yang menggunakan nama Facebook Morgan Jericho, memberi jaminan kepadanya dalam satu siri perbualan dalam talian bahawa dia akan berpindah ke Thailand untuk memulakan perniagaan dan wang yuran kastam itu akan dibelanjakan dengan baik, menurut paparan skrin perbualan yang jelas menggunakan Google Translate.

"Jika kamu membayar denda itu, mereka akan menghantar hadiah itu ke rumah kamu," tulisnya dalam bahasa Thai.

-foto Sanook

Dia kemudian dengan yakin menambah: "Sayangku, kamu perlu tenang. Semuanya akan OK."

Wanita itu berkata suaminya mendapat tahu tentang hubungan 'online' mereka selepas wangnya hilang dari akaun bank mereka.

Pasangan itu sebenarnya memfailkan laporan polis tidak berapa lama dahulu, tetapi disebabkan tidak diberikan kemas kini, mereka memutuskan sudah tiba masanya untuk mendedahkan kisah itu kepada media.-MSN

scammer , juruterbang

Artikel Sebelum

Isteri dipenjara kerana periksa telefon suami

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain