suria

Tak boleh kahwin sebab bakal suami main alat muzik

SEORANG wanita Arab Saudi gagal mengahwini lelaki pilihannya selepas mahkamah memutuskan pemuda itu dianggap sebagai 'tidak beragama' kerana bermain alat muzik, demikian lapor akhbar tempatan.

Kerajaan ultra konservatif itu memerlukan wanita untuk mendapatkan kebenaran penjaga lelaki sama ada ayah, suami atau saudara lelaki lain jika mahu bercuti, berkahwin dan melakukan tugasan lain.

Di beberapa negara lain, seorang lelaki yang bermain alat muzik dipandang rendah dan mempunyai reputasi  buruk.

Dua tahun lalu, seorang guru yang mahu mengahwini seorang pengurus bank berusia 38 tahun dari wilayah  Qassim, di utara ibu kota Riyadh,  kata akhbar Okaz.

Namun, hasrat guru wanita itu dibantah keluarganya, mengatakan dia "tidak sesuai daripada segi agama"  kerana dia bermain oud, alat muzik yang popular di negara Arab.

Wanita yang tidak dinamakan itu memfailkan kesnya ke mahkamah sebelum hakim menetapkan perkahwinan itu tidak dapat diteruskan.

"Oleh kerana calon itu bermain alat muzik dia tidak sesuai dengan wanita itu dari segi agama," kata pihak mahkamah, menurut akhbar Okaz.

Mahkamah Rayuan pula mengesahkan keputusan tersebut, menjadikannya keputusan muktamad, demikian tambah akhbar itu.

Wanita itu memberitahu Okaz bahawa dia akan meminta 'pihak berkuasa tertinggi' negara untuk campur tangan dalam kes tersebut.

Pengurus bank itu memegang ijazah sarjana dan bertanggungjawab untuk lebih 300 pekerja, berkata dia tekad untuk berkahwin dengan teman lelakinya dan menggambarkannya sebagai 'sangat alim dan mempunyai reputasi yang baik'.

Arab Saudi, sekutu utama Amerika Syarikat, telah memperkenalkan beberapa pembaharuan sepanjang tahun untuk menambah baik imej kerajaan, termasuk menamatkan larangan lama terhadap wanita yang memandu.

Tetapi ia terus berhadapan dengan kritikan terhadap sistem yang membenarkan lelaki dengan sewenang-wenangnya membuat keputusan bagi pihak saudara perempuan mereka. - Asia One

Riyadh, Qassim

Artikel Lain