Pentagon terima bungkusan disyaki berisi racun - Dunia | mStar

Pentagon terima bungkusan disyaki berisi racun

WASHINGTON: Dua atau lebih bungkusan yang dihantar ke Pentagon minggu ini disyaki mengandungi sejenis racun berbahaya yang boleh membawa maut.

Jurucakap Jabatan Pertahanan, Chris Sherwood berkata, sekurang-kurangnya dua bungkusan yang mencurigakan telah dialamatkan kepada seseorang di bangunan itu.

Bagaimanapun, ia telah disekat di pusat saringan sebelum masuk ke dalam bangunan berkenaan.

"Sebagai sebahagian proses saringan, pihak berkuasa telah mengesan bungkusan yang mencurigakan dan ia dipercayai mengandungi racun risin," kata Sherwood.

Katanya, pihak berkuasa masih menunggu penggesahan kandungan bungkusan berkenaan selepas polis Pentagon merujuk perkara itu kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) untuk siasatan lanjut.

"Ejen Khas FBI telah merampas dua sampul yang mencurigakan itu yang telah disaring di bahagian pengiriman Pentagon.

"Sampul itu akan melalui beberapa ujian untuk mengesan kandungannya," demikian menurut FBI menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Jurucakap Pentagon, Kolonel Rob Manning berkata, semua kiriman yang diterima Pentagon pada Isnin akan disaring dan diletakkan di bahagian kuarantin bagi memastikan ia tidak membahayakan petugas di bangunan itu.

Racun dalam bentuk bijian itu boleh membawa maut jika ditelan, dihidu atau disuntik dan ia 6,000 kali lebih kuat berbanding sianida, malahan tidak mempunyai penawar.-Bangkok Post

Pentagon , risin

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain