Vlogger tak serik masuk hospital gara-gara mi Samyang pedas berapi - Dunia | mStar

Vlogger tak serik masuk hospital gara-gara mi Samyang pedas berapi

SEORANG gadis yang mencuba cabaran mi segera pedas sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital selama empat hari kerana mengalami pendarahan di bahagian punggungnya, berjanji untuk melakukan cabaran itu sekali lagi.

Shannen Goulding dikejarkan ke hospital kerana mengalami cirit-birit berdarah sehari selepas menikmati mi ramen Samyang pedas perisa ayam.

Doktor terpaksa melakukan drip IV sebelum prosedur kolonoskopi mendedahkan dia mengalami peringkat awal penyakit radang usus.

Shannen dan rakannya Keelan Unsworth yang kedua-duanya berusia 20 tahun merakamkan cabaran itu bersama-sama.

Biarpun diberikan amaran oleh para doktor, vlogger muda itu masih berdegil dan kali ini ingin melakukannya dengan mi yang lebih pedas.

Shannen dari Wigan, Greater Manchester berkata: "Saya rasa cabaran ini 'membawa maut', tapi ia sudah tentu satu cabaran yang berjaya.

Shennen.

"Saya ingat saya mampu menghabiskannya, tapi tak sangka saya akhirnya dimasukkan ke hospital.

"Selepas kami makan, saya mula rasa sangat sakit. Keelan pun sama, tapi tak seteruk saya.

"Tidak lama selepas itu, ketika saya ke bilik air, hanya darah yang keluar.

"Saya beritahu doktor dan jururawat mengenainya dan mereka hanya ketawakan saya.

"Saya berkawan dengan pesakit lain di hospital dan mereka tanya kenapa saya dimasukkan ke sana. Selepas memberitahu saya makan mi pedas, mereka semua gelakkan saya," katanya.

Pada mulanya gadis itu menyangka vlogger lain sengaja berlebih-lebih ketika melakukan cabaran itu, namun ternyata sangkaannya itu salah. - Mirror UK

Samyang

Artikel Sebelum

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain