Gadis 22 tahun dipenjara, kesalahan seks dengan tiga mangsa bawah umur - Dunia | mStar

Gadis 22 tahun dipenjara, kesalahan seks dengan tiga mangsa bawah umur

Alysia Smedley dipenjarakan kerana kesalahan seks terhadap gadis bawah umur. Foto SWNS

SEORANG wanita berusia 22 tahun di Britain dihukum penjara kerana melakukan kesalahan seks terhadap tiga mangsa bawah umur.

Alysia Smedley mengakui bersalah melakukan aktiviti seksual dengan tiga perempuan, yang berusia di bawah 16 tahun.

Menerusi pendengaran mahkamah, Smedley menjadi pesalah seks berdaftar selepas hukumannya ditangguhkan pada Oktober 2016 kerana aktiviti seksual dengan seorang kanak-kanak.

Smedley, yang ketika itu berusia 20 tahun, menjadi tumpuan Perintah Pencegahan Kecederaan Seksual, apabila melanggar perintah dengan membuat hubungan dengan gadis bawah umur beberapa kali.

Menerusi perbicaraan di Mahkamah Nottingham Crown, Smedley mengaku bersalah terhadap 12 pertuduhan, termasuk satu tuduhan melakukan serangan seksual dan empat aktiviti seksual dengan seorang kanak-kanak.

Smedley dari Warsop, Nottinghamshire dipenjarakan tiga tahun dan diberikan perintah penahanan lima tahun yang melarang untuk berhubung dengan tiga mangsa. - Mirror Online UK

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain