Pasangan baru pulang berbulan madu terkejut rumah, kereta kena bungkus - Dunia | mStar

Pasangan baru pulang berbulan madu terkejut rumah, kereta kena bungkus

PASANGAN yang baru pulang dari berbulan madu terkejut apabila melihat rumah dan kereta mereka dibungkus dengan plastik merah jambu.

Jenny dan Jonathan Minger telah menikmati percutian selama dua minggu di Cancun, Mexico, tetapi tercengang apabila melihat harta mereka telah dibungkus kemas dengan plastik sebaik tiba di rumah pada jam 8 pagi Rabu.

Stoke Sentinel melaporkan empat kawan baik mereka telah bergurau melakukannya 'usikan' itu ketika pasangan itu tiada di rumah.

James, Dawn, Andrew Ripley dan Dan Sale menghabiskan sekitar empat jam untuk membalut rumah dan kereta Jonathan yang terletak di kediamannya di Alsager, Cheshire.

"Kami terkejut, ia sangat mengejutkan, kami langsung tak sangka," kata Jenny, 25, yang bekerja di Hospital Universiti Royal Stoke.

"Kami baru saja pindah tiga bulan lalu, saya tak tahu nak cakap apa!. Tak bolehkah mereka pilih warna yang lebih baik untuk membungkusnya.

"Ia sebenarnya plastik yang digunakan oleh Jonathan di ladang untuk mempromosikan tentang kesedaran kanser payudara," katanya.

Jonathan, yang menjalankan perusahaan ladang tenusu, berkata: "Rupa-rupanya ini yang mereka lakukan ketika kami mahu pulang dari bulan madu, ia adalah gurauan.

"Saya agak terkejut, tetapi ketawa juga. Ia mengambil masa kira-kira tiga jam untuk membungkus kesemuanya."

Peladang berusia 24 tahun itu berkata: "Malam tadi semua jiran keluar untuk tengok.

"Kami pulang pagi ini kira-kira jam 8 pagi dan mengambil masa sekitar setengah jam untuk membukanya dengan pisau.

"Saya terpaksa menggunakan kunci kereta saya pada mulanya untuk potong plastik di sekitar pintu depan.

"Saya sudah fikir untuk balas dendam."

Seorang jiran berkata: "Mereka ketawa berdekah-dekah ketika melakukannya.

"Ini sangat lucu. 'Prank' bulan madu yang cemerlang."

bulan madu , plastik , rumah

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain