Awas! Lelaki duduk mengangkang disimbah air dicampur peluntur - Dunia | mStar

Awas! Lelaki duduk mengangkang disimbah air dicampur peluntur

Anna menyimbah air yang dicampur peluntur kepada mana-mana lelaki yang duduk mengangkang. Foto Anna Dovgalyuk/east2west news

SEORANG pelajar jurusan undang-undang melancarkan kempen lelaki duduk mengangkang dengan menyimbah air yang dicampurkan dengan peluntur pada seluar lelaki di dalam kereta api bawah tanah.

Anna Dovgalyuk mendakwa lelaki berkenaan sebagai "jantina yang agresif" dan memutuskan untuk berbuat demikian.

Gadis berusia 20 tahun itu memberitahu, lelaki yang duduk dengan keadaan mengangkang di dalam pengangkutan awam adalah bersalah di atas perbuatan yang kurang sopan, dan ia diperjuangkan di seluruh dunia.

Anna melakukan bantahan terhadap lelaki yang duduk mengangkang di stesen kereta api bawah tanah St Petersburg di Rusia.

Dia menggunakan 30 liter air yang dicampurkan dengan 6 liter peluntur dan menyimbah sebahagiannya pada bahagian kelangkang lelaki yang dilihat duduk dalam keadaan kurang sopan.

Bercakap mengenai lelaki yang menjadi sasarannya, Annad berkata: ""Kami bukan sahaja 'menyejukkan' di bahagian itu tetapi turut 'menandakan' kedudukan yang sepatutnya.

"Jadi semua orang dengan mudah dapat memahami bahagian badan mana yang perlu dijaga dengan tertib," katanya sambil menambah bahawa tindakannya itu dirakamkan dan didedikasikan kepada semua lelaki yang suka duduk mengangkang, yang disifatkan sebagai kurang sopan. - Mirror Online UK

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain