suria

Kuil Putih simbolik 'neraka' dan 'syurga' ingin jadi kuil tercantik dunia

WAT Rong Khun yang terkenal dengan nama Kuil Putih Thailand dibina oleh Chalermchai Kositpipat dengan impian menjadikannya kuil tercantik di dunia.

Tidak dinafikan, sesiapa sahaja yang melangkah masuk ke dalam kuil itu tidak akan melupakan keunikannya.

Bored Panda melaporkan bahawa tiada tempat yang sama seperti Wat Rong Khun di dunia ini.

Apabila pengunjung berdiri di depan kuil tersebut, mereka akan disambut oleh tangan-tangan yang 'terdesak'.

Gambar oleh Alex Kovacheva.

Ia adalah neraka yang menggambarkan nafsu manusia yang tidak berkesudahan, menurut ajaran Buddha.

Selepas pengunjung melepasi jambatan di atas 'neraka' tadi, mereka akan disapa oleh patung-patung dewi syurga.

Pengunjung tidak boleh toleh ke belakang lagi apabila sampai di titik tersebut, mereka hanya boleh maju ke depan.

Pengawal keselamatan yang bertugas akan menjerit sekiranya pengunjung cuba berpatah balik.

Simbolik melintasi jambatan dari neraka ke syurga itu menunjukkan laluan Buddha ke alam kesedaran.

Di dalam kuil tersebut, ia dipenuhi dengan rujukan budaya moden yang bersilih ganti dengan imej Buddha tradisional.

Pencipta kuil tersebut menghabiskan jutaan ringgit untuk menyiapkannya dengan menggunakan wang derma.

Pada 2014, kejadian gempa bumi di Chiang Mai telah merosakkan kuil berkenaan.

Chalermchai semakin berputus asa untuk meneruskan projek tersebut, namun berubah fikiran selepas para jurutera memaklumkan bahawa kerosakan yang berlaku tidak memberi kesan yang teruk kepada kuil itu.

Wat Rong Khun

Artikel Lain