suria

Blogger diugut bunuh kerana foto 'pagi yang sempurna' di Instagram dianggap mengarut, pembohongan

SEORANG blogger mendedahkan bahawa dia menerima ugutan bunuh selepas dikecam teruk gara-gara sekeping gambar 'pagi yang sempurna' di Instagram.

Scarlett London, 24, dari London memuat naik gambar iklan berbayar untuk Listerine, yang menunjukkan dirinya sedang berposing di atas katil dikelilingi belon berbentuk jantung dengan kapsyen: "Hari-hari terbaik bermula dengan senyuman dan pemikiran positif. Bersama penkek, strawberi dan secawan teh."

Walau bagaimanapun, orang ramai menyedari bahawa penkek dalam pinggan itu sebenarnya adalah tortilla yang dilipat dan cawan teh tanpa alas itu pula kosong tanpa minuman.

Scarlett mendapat banyak kritikan, malah aktres Amanda Abbington dan Pegawai Wanita Parti Buruh Runnymede & Weybridge, Jun Tilbury turut menulis tweet: "Nafasnya berbau. Itu sebabnya dia bersendirian."

Gambarnya telah menerima beribu-ribu komen di Instagram serta Facebook dan Scarlett telah mendedahkan bahawa kritikan itu telah bertukar menjadi satu bentuk pembulian.

Dia memberitahu Femail: "Ramai kata saya memberikan kesan bahaya kepada wanita muda dan harus menderita, apa yang saya buat harus dihentikan, saya harus lemas di dalam belon, saya harus bunuh diri kerana betapa teruknya diri saya."

Foto Scarlett menjadi tular selepas pengguna Twitter membuat perkongsian dengan menulis: "F*** off ini adalah suasana pagi yang biasa. Instagram adalah kilang pembohongan yang tidak masuk akal untuk membuat kita rasa sentiasa tak cukup dengan apa yang ada."

Postingnya mendapat hampir 100,000 tanda suka dan ramai yang bersetuju dengan pendapatnya.

"Ini sangat tidak masuk akal dalam pelbagai sudut. Apa-apa sahaja dalam gambar ini adalah mengarut dan palsu semata-mata.

"Saya tak tahu nak memulakannya dari mana, tortilla itu ada produk yang diletakkan."

Ada yang menuduh Scarlett menjual satu 'gambar palsu dan tidak dapat dicapai untuk mempengaruhi orang muda'.

"Anda boleh rujuk diri anda sebagai seorang gadis muda malang yang dibuli atau semua yang anda suka, tetapi jika anda mahu menjual produk dengan berkesan kepada pengikut anda, kaedah anda akan dikritik."

Menjawab tindak balas tersebut, Scarlett meminta orang ramai untuk mempertimbangkan bahawa terdapat seorang manusia di sebalik gambar itu sebelum menyiarkan komen menyerang dan menyakitkan hati.

"Dalam tempoh 48 jam terakhir, lelaki dan wanita dewasa, ahli Parlimen, wakil kesaksamaan wanita, wartawan, pelakon dan penyiar telah melihat posting saya di Instagram dan bercakap tentangnya dalam talian.

"Saya memohon mereka yang berkongsi kandungan ini untuk meneliti siapa diri saya yang sebenar, sebelum mereka memburukkan imej saya.

"Ya, saya buat iklan di sini, tetapi hanya dengan jenama yang saya betul-betul guna dan akan membelanjakan wang saya untuknya. Instagram saya bukanlah tempat realiti.

"Kadang-kadang foto saya nampak aneh dan ditambah-tambah, tetapi saya tidak membentangkannya sebagai versi 'idealistik' kehidupan yang patut menjadi inspirasi kepada anak gadis. Mereka yang mengikuti saya akan tahu realiti hidup saya.

"Saya cuba meningkatkan kesedaran mengenai keadaan pencernaan yang saya alami, keadaan yang mengancam saya daripada menamatkan pengajian universiti. Instagram saya boleh menjadi saluran untuk menunjukkan bahawa anda boleh positif dan bersenang-senang dengan kehidupan, walaupun dengan keadaan ini.

"Secara peribadi saya tak fikir kandungan saya berbahaya kepada anak muda tetapi saya bersetuju Instagram dapat memberikan harapan palsu kepada orang ramai tentang kehidupan. Dan saya dengan sepenuh hati menyesal jika saya pernah membuatkan sesiapa berasa tidak pernah cukup melalui kandungan saya. Misi hidup saya agak bertentangan.

"Saya seorang wanita berusia 24 tahun yang tabah dan pernah dibuli pada masa lalu. Saya OK saja selepas pengalaman yang mengerikan ini. Tetapi orang muda lain yang menjadi sasaran subjek kempen kebencian mungkin tak selesa. Sila fikirkan tentang kemanusiaan apabila berada di tengah-tengah sesuatu yang yang tular." -mailOnline

bunuh, Scarlett London

Artikel Lain