suria

Penjual cuba tipu pelanggan, ikan dipakaikan mata plastik untuk nampak segar

SEBUAH kedai menjual ikan di Kuwait dilaporkan diarah tutup oleh pegawai penguatkuasa selepas pemiliknya didapati melekatkan mata plastik pada mata ikan yang dijual dalam usaha untuk menjadikannya kelihatan lebih segar.

Gambar-gambar lucu salah seekor 'ikan segar' itu telah dikongsi di media sosial dan oleh akhbar tempatan Al Bayan.

Akhbar itu menyatakan bahawa kementerian perdagangan negara telah menutup kedai terbabit selepas helahnya dapat dihidu.

Gambar-gambar yang terdapat dalam talian menunjukkan mata palsu yang dilekatkan terkeluar sedikit dari mata sebenar ikan sekali gus jelas menunjukkan mata ikan yang sebenar telah kuning.

Pengguna media sosial kebanyakannya menggunakan Twitter untuk mengejek taktik penjual ikan yang tidak disebut namanya.

Elodie Mainze berkata: “Itu adalah amalan perniagaan teruk dan buruk, tetapi saya tidak dapat menahan ketawa pada masa yang sama. Adakah mereka benar-benar fikir orang ramai tidak akan menyedarinya?” -MetroUK

mata plastik, ikan segar, tipu

Artikel Lain