suria

Misteri! Penampakan 'hantu' terakam di tanah perkuburan menerusi Google Street View

Siapakah di sebalik pokok ini? Foto Google Map

KITA sering dimomokkan dengan objek aneh yang dilihat di luar pandangan kita secara langsung, atau kemunculan kelibat misteri.

Kini sebuah klip menakutkan segelintir netizen yang mendakwa ia kelihatan seperti hantu kanak-kanak bersembunyi di kawasan perkuburan.

Menerusi sebuah video yang mengambil klip aplikasi peta Google Maps Street View di Perkuburan Martha Chapel di Texas, Amerika Syarikat (AS), merakamkan dua imej 'hantu'.

Imej pertama menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan yang berselindung di sebalik sebatang pokok dengan hanya menampakkan mukanya sahaja.

Imej seorang kanak-kanak perempuan bersembunyi di sebalik sebatang pokok.

Satu lagi imej menunjukkan seorang lelaki misteri yang dapat dilihat dari jauh di antara batu nisan.

Video tersebut ditonton di YouTube lebih 22,000 kali, dan segelintir netizen menyifatkan imej tersebut sebagai fenomena ghaib.

Imej misteri di antara batu nisan.

Seorang netizen memberi komen: "Imej pertama seperti mahu membuktikkan sesuatu."

Seorang lagi berkata: "Mungkin ia seorang mangsa pembunuh atau meninggal dunia akibat kemalangan, menyebabkan rohnya tidak tenteram."

Malah, terdapat netizen yang berasa skeptikal terhadap video tersebut, dengan seorang memberi komen "meh", manakala yang lain menyifatkan imej misteri tersebut hanya sehelai daun. - Mirror Online UK

Google Map, hantu

Artikel Lain