Bapa terkejut anak dapat keputusan cemerlang, 'pening' nak tunai janji - Dunia | mStar

Bapa terkejut anak dapat keputusan cemerlang, 'pening' nak tunai janji

-foto Wales News Service

SEORANG bapa yang berjanji dengan anak perempuannya bahawa dia akan menghadiahkan £100 (RM527) bagi setiap 'A' yang diperolehinya dalam peperiksaan terpaksa berkata ia hanya satu gurauan apabila anaknya lulus dengan cemerlang.

Clive Rowlands, 58, memberitahu tentang perkara itu kepada anak perempuannya, Molly Rowlands, 16, yang juga pelajar di Ysgol Gyfun Cwm Rhondda di Rhondda Cynon Taf, Wales selepas dia mendapat semua A (14A).

Clive berkata dia telah berjanji kepada Molly untuk memberikan £100 bagi setiap A yang diperolehinya, dua tahun sebelum dia menerima keputusannya.

Bercakap tentang saat dia menyedari bahawa dia telah berhutang £1,400 (RM7,389) kepada anaknya, Clive berkata: "Itu dua tahun lalu dan saya hanya bergurau pada masa itu, saya sedikit terkejut apabila mendengarnya."

Molly yang mendapat keputusan terbaik yang belum pernah diperolehinya sebelum ini mengulang kaji pelajaran antara empat dan lima jam setiap petang menjelang peperiksaan.

Tetapi dia mendedahkan bahawa dia tidak mengharapkan untuk mendapat keputusan yang begitu baik walaupun banyak mengulang kaji.

"Saya bekerja keras tetapi saya tak pernah fikir ia akan jadi kenyataan. Pada hari keputusan saya datang ke sekolah sedikit lewat dan kemudian saya membuka sampul surat dengan kawan saya.

"Apabila saya melihat keputusan, saya terus menangis. Saya bercakap dengan salah seorang guru saya dan dia berkata bahawa ia adalah keputusan terbaik yang pernah dilihat di sekolah itu."

Bercakap tentang ganjaran yang dijanjikan oleh bapanya, Molly berkata: "Saya hanya bergurau apabila bertanya apa yang kamu akan beri kalau saya lulus dan dia berkata £100 untuk setiap A. Kami hanya bergurau.

"Ia adalah dua tahun lalu sebelum saya menduduki peperiksaan."

Molly mendedahkan sejak itu wang yang dijanjikan bapanya mula menjadi perbualan dan jenaka keluarga.

Semakin dekat hari keputusan diumumkan, Molly akan bertanya kepada bapanya: "Kamu fikir berapa banyak?.

"Ia menunjukkan bahawa saya benar-benar tak tahu apa keputusan yang saya akan dapat.

"Jadi pada hari keputusan diumumkan saya diberi kad dengan cek kosong di dalamnya, masih belum ditulis amaunnya.

"Ia hanya satu jenaka tetapi beberapa kawan bapa saya tahu mengenainya dan terus mengingatkannya. Ia benar-benar jadi bahan lawak." -mailOnline

cemerlang , janji , straight A

Artikel Sebelum

Buaya lari dari restoran jadi buruan polis

Artikel Berikut

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain