Model tak malu tayang kekasihnya, penunggang teksi moto bergaji lebih kurang RM60 sehari - Dunia | mStar

Model tak malu tayang kekasihnya, penunggang teksi moto bergaji lebih kurang RM60 sehari

-foto FB Jubjang Nutchanart Chaichan

KISAH seorang model di Bangkok yang mendedahkan hubungan cintanya dengan seorang penunggang teksi motosikal di Facebook, tular.

Di Thailand, pendapatan yang diperolehi seorang penunggang teksi motosikal adalah kira-kira 500 baht (RM62) sehari.

Kisah cinta Nutchanart Chaichan, 22, dan teman lelakinya, Wutthichai Saeng-ngern, 25, menjadi topik hangat selepas posting tentang percintaan mereka tersebar ke laman Facebook popular YouLike.

"Mengapa saya pilih lelaki ini? Walaupun kami berbeza dalam segala hal, apa yang membuatkan kami sama adalah cinta antara satu sama lain," tulis Chaichan.

"Apa sahaja yang kamu makan, saya akan makan. Ke mana sahaja kamu pergi, saya akan pergi," tulisnya di Facebook merujuk kepada teman lelakinya.

"Untuk kita, kamu terima semua pekerjaan yang ditawarkan kepada kamu. Kamu tidak pernah merungut keletihan. Apabila saya bersama kamu, saya gembira."

-foto FB Jubjang Nutchanart Chaichan

Chaichan menulis bahawa orang ramai tidak seharusnya begitu cepat membuat penilaian berdasarkan gaji atau wang seseorang.

"Cinta kami telah berkembang sejak 5 tahun lalu. Tolong jangan pandang rendah terhadap lelaki yang bekerja keras untuk mendapatkan wang. Kami berdua bekerja keras bersama-sama. Kami sama-sama usaha untuk dapatkan semua yang kami ada."

Dengan tambang teksi motosikal bermula pada hanya 10 baht (RM1.25) untuk satu perjalanan, dengan cara itulah Saeng-ngern mencari rezekinya.

Dalam satu temu bual, Chaichan berkata dia tidak menyangka kisahnya menjadi tular.

Paparan skrin video temubual pasangan ini dengan Amarin TV.

Pasangan itu bertemu pada tahun 2013 di wilayah Nakhon Si Thammarat, tempat di mana mereka dibesarkan, sebelum memutuskan untuk berpindah ke Bangkok bersama-sama, Amarin TV melaporkan.

Saeng-ngern memberitahu bahawa dia dan Chaichan mula-mula cuba menjual pakaian dan kasut di kawasan Ramkhamhaeng, tetapi perniagaan itu tidak berjaya.

Sebelum dia mula menjadi penunggang teksi motosikal dan teman wanitanya pertama kali ditawarkan kerja sebagai model, mereka sering lapar bersama.

Sekarang Saeng-ngern berkata dia biasanya memperoleh 15,000 baht (RM1,870) sebulan dan Chaichan pula memberitahu mereka telah mengumpulkan sedikit simpanan bersama.

"Saya tidak malu sama sekali. Dia melakukan kerja yang baik, jujur," kata Chaichan.

Pasangan itu berkata mereka merancang untuk berkahwin dan mempunyai anak bersama dalam masa terdekat.

teksi motosikal , tambang

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain