suria

Tiga petani perangkap kuda, anjing, lembu, kambing, kemudian buat seks

Gambar hiasan.

TIGA petani dipercayai melakukan hubungan seks dengan kuda, anjing, lembu dan kambing selepas memerangkap haiwan tersebut di dalam sebuah ruang khas yang dicipta berbentuk V.

Terry Wallace, 41, Marc Measnikoff, 34 dan Matthew Brubaker, 32, didakwa atas 1,460 pertuduhan.

Malah ketiga-tiga suspek turut didakwa merakam video aktiviti tidak bermoral itu.

Perbuatan terkutuk itu terbongkar selepas polis menerima maklumat daripada seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang tinggal di ladang sementara di Munson, Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) bersama dengan tiga lelaki tersebut.

Dari kiri: Terry Wallace, Matthew Brubaker dan Marc Measnikoff.

Kesemua suspek ditahan pada Sabtu dengan remaja lelaki itu diletakkan dibawah perlindungan polis, menurut KDKA.

Remaja lelaki itu kelihatan tidak didera secara seksual dan polis sedang menyiasat jika wujud unsur jenayah lain.

Peguam Daerah Clearfield County, William A. Shaw Jr berkata perbuatan terkutuk itu merupakan kes penderaan binatang paling ekstrem pernah dikendalikannya.

Polis sedang berusaha keras untuk mencari kediaman baharu untuk semua binatang tersebut dan memastikan ketiga-tiga petani itu dihukum atas jenayah kejam mereka.

Wallace, Meansnikoff dan Brubaker juga berdepan tuduhan membahayakan kebajikan kanak-kanak dan memberi rasuah kepada kanak-kanak bawah umur.

Ketiga-tiga mereka akan dihadapkan ke mahkamah pada Rabu.

seks, binatang, petani

Artikel Lain