Gegaran susulan di Lombok, 5 maut, lebih 40 cedera - Dunia | mStar

Gegaran susulan di Lombok, 5 maut, lebih 40 cedera

JAKARTA: Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh manakala 40 lagi cedera selepas gempa bumi bermagnitud 6.5 dan 6.9 sekali lagi menggegarkan Pulau Lombok di Indonesia tengah pada pagi dan malam Ahad, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan seorang pegawai kanan agensi pengurusan bencana pada Isnin.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa pertama berlaku pada 11.10 pagi (waktu tempatan) manakala satu lagi melanda pada pukul 9.56 malam.

Gegaran itu terus menggandakan kemusnahan yang berlaku susulan gempa bumi bermagnitud 6.4 dan 7.0 yang melanda pulau itu pada 27 Julai dan 5 Ogos, lapor Xinhua memetik kenyataan ketua unit agensi pengurusan bencana kecemasan, Agung Pramudja.

Beliau berkata laporan awal menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 200 rumah rosak teruk akibat gegaran itu yang menyaksikan kemusnahan ketara dan menyebabkan ramai penduduk meninggalkan rumah mereka dan berlindung di kawasan perkhemahan sementara.

Menurut agensi pengurusan bencana itu, angka kematian akibat gempa bumi sejak 27 Julai telah mencecah 465 orang.

Indonesia terdedah kepada bencana gempa bumi kerana ia terletak di zon ‘Lingkaran Api Pasifik.' - BERNAMA

gempa bumi , Lombok

Artikel Berkaitan

Lombok terus bergoncang

Lagi gempa bumi gegar Lombok

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain